Saturday, February 14, 2009

Adat melayu

Adat-adat melayu banyak menekankan tentang pentingnya kita sebagai orang muda harus menghormati orang tua.
Dari dulu lagi kita telah telah diajar supaya jangan menyampuk dalam percakapan orang tua dan menjaga kelakuan kita depan orang ramai.
Orang yang tidak menunjukkan kesopanan dalam percakapan atau kelakuan akan dipanggil kurang ajar atau tidak mempunyai hormat untuk orang tua.
Pantan ini dikenakan supaya orang muda lebih memikirkan apa yang ingin diperbualkan dan ini menjadikan orang-orang Melayu orang yang cermat dan bijak menyusun perkataan dalam perbualan mereka.
Di sinilah anggapan bahawa orang Melayu adalah orang yang pandai berbahasa dan penuh sopan santun.

Apabila kita sedang berbual, percakapan kita haruslah mengandungi isi yang tepat dan baik. Sebab itu, jika kita tidak mempunyai maklumat penting untuk dibualkan, kita tidak perlulah bercakap.
Kita diam sebagai pemerhati lebih baik daripada berbual tentang perkara yang buruk.
Kadang kala, walaupun kita diam, tetapi kita tidak menyerap informasi yang dibualkan seperti kata pepatah, diam-diam ubi berisi, diam penggali berkarat.

1 comment: