Monday, February 23, 2009

Bekas guru dihukum .

Seorang bekas guru sekolah rendah telah dihukum jel selama 10 bulan semalam kerana mengadakan hubungan terhalang dengan pelajar sekolah rendahnya yang kini berusia 15 tahun.
Wanita tersebut, yang telah berumah tangga dan mempunyai 2 anak itu telah mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan murid tersebut di sebuah chalet pada taun lalu.
Mereka telah mula berhubung antara satu sama lain apabila mereka pergi untuk lawatan luar negeri yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
Selepas itu, mereka mula bertukar nombor dan kemudian, muridnya itu mengaku bahawa dia teah jatuh cinta dengan guru tersebut.
Wanita itu pula mengatakan bahawa dia sudi untuk menjadi temanita murid itu.
Wanita itu pula menyewa chalet dan kemudian menghabiskan masa dengan lelaki itu.
Mereka mula berapat dan akhinya melakukan hubungan seks.
Apabila wanita itu mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu, wanita itu telah diancam oleh muridnya.
Wanita itu membuat laporan polis kerana dia diancam bunuh oleh muridnya itu.
Dia kemudian dihadapkan ke mahkamah lalu dijatuhkan hukuman 10 bulan jel.




1 comment:

  1. Ejaan untuk beberapa perkataan salah tetapi ayat bentuk bagus

    ReplyDelete