Sunday, February 8, 2009

Kutipan derma bagi mangsa Gaza

Pada berita yang disiarkan pada 9 Febuari 2009, ada satu berita tentang bagaimana ramai warga Singapura telah membantu untuk memungut derma bagi mangsa-mangsa di Gaza.
Pungutan derma ini telah dianjurkan oleh pelajar dari pelbagai sekolah seperti Universiti Teknologi Nanyang, Institut Pengurusan Singapura dan Politeknik Temasek. Pertubuhan-pertubuhan seperti Singapore Buddhist Lodge, Lotus Light Charity dan Persatuan Soka Singapura juga turut membantu.
Seorang sukarelawan berkata beliau berasa bangga kerana penganjuran itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan sekitar 100 orang datang untuk membantu meraih pungutan untuk mangsa Gaza. Antara $10,000 hingga $20,000 telah dapat dikumpul dalam penganjuran itu.
Wang-wang yang dikumpul dapat dibagikan kepada Mercy Relief supaya mereka akan dapat memberikan dana tersebut kepada yang memerlukan seperti mangsa Gaza.
Perasan saya jika saya ada didalam situasi mereka yang menjdi mangsa Gaza ialah saya akan berasa amat sedih kerana ramai kawan dan keluarga telah terkorban dalam peperangan ini. Saya juga akan berasa bersyukur kerana saya boleh meneruskan hidup walaupun saya tidak sempurna pada luaran.

No comments:

Post a Comment