Saturday, March 7, 2009

Sejarah Siti Masitah dan Hazaqil

Sejarah Siti Masitah dan Hazaqil bermula pada zaman raja Firaun. Siti Masitah merupakan penyisir rambut anak kepada raja Firaun dan Hazaqil, suami kepada Siti Masitah, pula kawan rapat dan pegawai kerajaan raja Firaun.

Firaun telah menjatuhkan hukuman mati kepada 40 ahli sihir kerana mereka menyembah Allah swt dan bukannya Firaun. Hazaqil pun mempertahankan ahli-ahli sihir itu dan Firaun dengan tidak teragak-agak, menjatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil telah dibawa keluar dari istana dan diikat pada sebatang pokok kurma dan dipanah hingga mati oleh pengawal Firaun sehingga mati.

Isteri Hazaqil, Siti Masitah, berasa sangat sedih atas pembunuhan suaminya itu. Dia semakin benci dengan Firaun dan keimanannya kepada Allah swt. semakin teguh.

Pada suatu pagi, ketika Siti Masitah sedang menyikat rambut anak raja Firaun, tetiba dia teringatkan suaminya.Dia hilang tumpuan lalu terjatuh sikat itu ke lantai. Dia segera mengucap sambil mengambil sikat itu. Puteri Firaun kemudian berkata bahawa dia akan dihukum kerana berkata begitu. Puteri itu bertanya apakah ada tuhan lain selain bapanya dan Masitah dengan segera menjawab ya.

Puteri itu sangat marah dan melaporkan hal itu kepada bapanya. Firaun kemudian menyuruh Masitah menghadapnya.Masitah kerana menghina Firaun lalu memerintah pengawalnya memasak minyak dalam kuali yang sangat besar untuk Masitah dihumbankan kedalamnya.

Siti Masitah masih tidak peduli dan tetap mengaku Allah swt sebagai tuhannnya yang satu. Baginya, biarpun dia akan dihukum, keimanannya kepada Allah swt tetap tidak akan berubah.

Tiba-tiba, dengan kuasa Allah swt, anaknya mula berkata dengan ibunya supaya jangan terpedaya dengan Firaun dan mereka akan dirahmati Allah swt. Siti Masitah terkejut dengan kata-kata itu dan bersyukur kepada Allah swt lalu dengan hati yang tabah, bergerak ke kuali itu.

Dengan sekali ucap, Siti Masitah terjun kedalam kuali itu dengan kedua anaknya. Orang ramai yang melihat berasa terkejut dengan kejadian itu dan berasa sedih melihat Siti Masitah dan dua anaknya terkorban demi mempertahankan agama Islam. Tiba-tiba mereka terhidu bau yang sangat harum yang keluar dari kuali yang berisi minyak mendidih yang telah memasak Masitah dan anak-anaknya.

Monday, February 23, 2009

Bekas guru dihukum .

Seorang bekas guru sekolah rendah telah dihukum jel selama 10 bulan semalam kerana mengadakan hubungan terhalang dengan pelajar sekolah rendahnya yang kini berusia 15 tahun.
Wanita tersebut, yang telah berumah tangga dan mempunyai 2 anak itu telah mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan murid tersebut di sebuah chalet pada taun lalu.
Mereka telah mula berhubung antara satu sama lain apabila mereka pergi untuk lawatan luar negeri yang telah dianjurkan oleh pihak sekolah.
Selepas itu, mereka mula bertukar nombor dan kemudian, muridnya itu mengaku bahawa dia teah jatuh cinta dengan guru tersebut.
Wanita itu pula mengatakan bahawa dia sudi untuk menjadi temanita murid itu.
Wanita itu pula menyewa chalet dan kemudian menghabiskan masa dengan lelaki itu.
Mereka mula berapat dan akhinya melakukan hubungan seks.
Apabila wanita itu mahu memutuskan hubungan dengan lelaki itu, wanita itu telah diancam oleh muridnya.
Wanita itu membuat laporan polis kerana dia diancam bunuh oleh muridnya itu.
Dia kemudian dihadapkan ke mahkamah lalu dijatuhkan hukuman 10 bulan jel.




Monday, February 16, 2009

Hari Pertahanan Mutlak





Hari Pertahanan Mutlak disambut pada 15 Februari dan hari ini telah membuat saya lebih memahami tentang hari itu.
Ia juga mengajar saya betapa pentingnya saya harus mempertahankan negara saya.
Saya juga mempelajari tentang 5 pertahanan yang penting iaitu pertahanan psikologi, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan militari dan pertahanan sivil.
Ia menyedarkan rakyat Singapura betapa pentingnya lima pertahanan ini.
Logo Hari Pertahanan Mutlak mempunyai lima anak panah yang melambangkan lima pertahanan iaitu pertahanan psikologi, pertahanan ekonomi, pertahanan sosial, pertahanan militari dan pertahanan sivil.
Kesemua anak panah ini menunjuk ke arah yang satu, ke atas.
Ini menunjukkan usaha kami yang ingin mencapai objektif yang sama.
Bulan sabit, bintang dan warna merah dan putih pula melambangkan bendera Singapura.
Pada keseluruhannya, logo ini melambang semua warga Singapura membuat apa yang mereka mampu untuk membina sebuah negara yang lebih selamat pada masa depan.

Saturday, February 14, 2009

84 korban kebakaran hutan Australia






Seramai 84 orang telah terkorban dalam kebakaran hutan di Australia, Sydney kelmarin dan jumlahnya dipercayai akan meningkat pada masa yang akan datang.
Dalam suratkhabar telah tertulis bahawa kebanyakan mangsa telah terbunuh apabila mereka cuba melarikan diri dengan menaiki kereta.
Perdana Menteri Australia berkata ini adalah kebakaran yang paling buruk dalam jangka 30 tahun.
Dia juga mengumumkan bahawa dia akan ketepikan A$10 juta untuk mangsa kebakaran.
Pasukan bomba negeri itu telah dikerahkan untuk mengawal api yang marak.

Adat melayu

Adat-adat melayu banyak menekankan tentang pentingnya kita sebagai orang muda harus menghormati orang tua.
Dari dulu lagi kita telah telah diajar supaya jangan menyampuk dalam percakapan orang tua dan menjaga kelakuan kita depan orang ramai.
Orang yang tidak menunjukkan kesopanan dalam percakapan atau kelakuan akan dipanggil kurang ajar atau tidak mempunyai hormat untuk orang tua.
Pantan ini dikenakan supaya orang muda lebih memikirkan apa yang ingin diperbualkan dan ini menjadikan orang-orang Melayu orang yang cermat dan bijak menyusun perkataan dalam perbualan mereka.
Di sinilah anggapan bahawa orang Melayu adalah orang yang pandai berbahasa dan penuh sopan santun.

Apabila kita sedang berbual, percakapan kita haruslah mengandungi isi yang tepat dan baik. Sebab itu, jika kita tidak mempunyai maklumat penting untuk dibualkan, kita tidak perlulah bercakap.
Kita diam sebagai pemerhati lebih baik daripada berbual tentang perkara yang buruk.
Kadang kala, walaupun kita diam, tetapi kita tidak menyerap informasi yang dibualkan seperti kata pepatah, diam-diam ubi berisi, diam penggali berkarat.

Monday, February 9, 2009

Sambutan Tahun Baru Cina

Pada sambutan Tahun Baru Cina yang baru lalu, sekolah saya telah mengadakan satu pertandingan untul dekorasi klas yang paling cantik bertemakan Tahun Baru Cina.
Untuk pertandingan itu, klas saya telah memenangi tempat pertama.
Kami berasa amat bangga kerana penat lelah kami berbaloi.
Kami juga menyanyikan lagu cina dengan penuh semangat.
Klas saya sangat bersemangat sepnajang perayaan itu.
Saya berasa sedikit malu kerana kami menarik banyak perhatian dari seluruh sekolah.
Saya rasa perayaan seperti ini amat bagus untuk mengeratkan perhubungan antara kesemua bangsa.
Persembahan mereka amat menarik kerana ada wushu dan sebagainya.
Saya berasa seronok menonton mereka membuat persembahan untuk penyambutan Tahun Baru Cina.

Azamku

Azamku untuk tahun ini ialah cuba untuk belajar dengan lebih tekun supaya saya boleh lulus untul peperiksaan GCE O saya.
Saya juga berharap agar ibu dan bapa saya akan lebih memamahami diri saya dan lebih penting lagi, memahami diri masing-masing.
Saya berasa amat sedih apabila mendapat tahu bahawa ibu saya telah melarikan diri dari rumah.
Untuk pertama kalinya dalam hidup saya, saya berasa seperti saya kehilangan segalanya.
Tapi sekarang, saya cuba untuk mendengar semua arahan yang diberikan dan tidak membuat mereka bersedih.
Saya juga akan lulus peperiksaan supaya mereka berasa bangga.
Untuk tahun ini juga, saya ingin mendapatkan pangkat sergeant untuk aktiviti kokurikulum saya.
Saya telah pun meraihkan pangkat itu.
Saya berasa amat bangga kerana saya dapat meraih pangkat itu melalui rekomendasi guru. Tanpa pertolongan Miss Ivy Ng, saya tidak mungkin dapat pangkat itu.