Sejarah Siti Masitah dan Hazaqil bermula pada zaman raja Firaun. Siti Masitah merupakan penyisir rambut anak kepada raja Firaun dan Hazaqil, suami kepada Siti Masitah, pula kawan rapat dan pegawai kerajaan raja Firaun.
Firaun telah menjatuhkan hukuman mati kepada 40 ahli sihir kerana mereka menyembah Allah swt dan bukannya Firaun. Hazaqil pun mempertahankan ahli-ahli sihir itu dan Firaun dengan tidak teragak-agak, menjatuhkan hukuman mati kepada Hazaqil. Hazaqil telah dibawa keluar dari istana dan diikat pada sebatang pokok kurma dan dipanah hingga mati oleh pengawal Firaun sehingga mati.
Isteri Hazaqil, Siti Masitah, berasa sangat sedih atas pembunuhan suaminya itu. Dia semakin benci dengan Firaun dan keimanannya kepada Allah swt. semakin teguh.
Pada suatu pagi, ketika Siti Masitah sedang menyikat rambut anak raja Firaun, tetiba dia teringatkan suaminya.Dia hilang tumpuan lalu terjatuh sikat itu ke lantai. Dia segera mengucap sambil mengambil sikat itu. Puteri Firaun kemudian berkata bahawa dia akan dihukum kerana berkata begitu. Puteri itu bertanya apakah ada tuhan lain selain bapanya dan Masitah dengan segera menjawab ya.
Puteri itu sangat marah dan melaporkan hal itu kepada bapanya. Firaun kemudian menyuruh Masitah menghadapnya.Masitah kerana menghina Firaun lalu memerintah pengawalnya memasak minyak dalam kuali yang sangat besar untuk Masitah dihumbankan kedalamnya.
Siti Masitah masih tidak peduli dan tetap mengaku Allah swt sebagai tuhannnya yang satu. Baginya, biarpun dia akan dihukum, keimanannya kepada Allah swt tetap tidak akan berubah.
Tiba-tiba, dengan kuasa Allah swt, anaknya mula berkata dengan ibunya supaya jangan terpedaya dengan Firaun dan mereka akan dirahmati Allah swt. Siti Masitah terkejut dengan kata-kata itu dan bersyukur kepada Allah swt lalu dengan hati yang tabah, bergerak ke kuali itu.
Dengan sekali ucap, Siti Masitah terjun kedalam kuali itu dengan kedua anaknya. Orang ramai yang melihat berasa terkejut dengan kejadian itu dan berasa sedih melihat Siti Masitah dan dua anaknya terkorban demi mempertahankan agama Islam. Tiba-tiba mereka terhidu bau yang sangat harum yang keluar dari kuali yang berisi minyak mendidih yang telah memasak Masitah dan anak-anaknya.
Saturday, March 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)